Monday 21 March 2011

Mukadimah Orang Bertopeng

Salam perkenalan daripada Mozhi...

Di luar sana terdapat ramai orang yang merasakan dunia ini tidak adil kepada dirinya. Ada yang dilahirkan sebagai si MISKIN dan ada dilahirkan dari keluarga yang berada. Kepada yang lahir dalam keluarga yang berada - Alhamdulillah. Kepada yang lahir dari keluarga yang miskin , silalah amati dan renungilah kata kata ini - :

" Lahir sebagai si Miskin tidak salah atau hina. Tetapi jika kita kekal miskin hingga saat kematian memang salah - kerana tidak berterusan berusaha."

Saya sendiri dari keluarga yang miskin harta .... namun saya tetapkan pendirian untuk mengubah taraf kehidupan demi generasi saya yang akan datang Insya Allah....Berusahalah dan teruskan berusaha. USAHA yang bagaimana ? Terdapat pelbagai cara untuk memperbaiki taraf kehidupan dan tentunya begitu banyak liku liku kehidupan yang perlu dilalui...


Kitalah yang mampu mengubahnya bukan orang lain.... hanya sebagai renungan.